Ahlan Wasahlan | KASUMA 2019

Selamat datang ke portal rasmi Kejohanan Sukan Mega Al-Rahman 2019!
Pada tahun ini, julung kali akan diadakan sukan secara gabungan sekolah diantara Sekolah Menengah dan juga Sekolah Rendah. Sementara kita berkarnival, pihak penganjur juga turut menyediakan beberapa lagi tarikan, antaranya:

#Pameran Haiwan.
#Jualan gerai dan Food Truck.

BILA DIADAKAN?
Karnival Sukan Mega Al-Rahman akan diadakan pada:
21 APRIL 2019 | AHAD

WAKTUNYA?
Untuk memudahkan persiapan para ibu bapa dan pelajar, kami menetapkan agar karnival pada kali ini dimulakan pada pukul;
7.00 pagi - 4.00 petang

ACARA APA YANG DIPERTANDINGKAN?

SEKOLAH RENDAH:

#BALAPAN
1. 50 meter L&P
2. 4 x 50 meter L&P
3. 100 meter L&P
4. 4 x 100 meter L&P

#SUKANEKA
1. Lari bawa bola ping pong dalam sudu
2. Baling bola kecil kedalam baldi
3. Bom air
4. Lari bawa bola guna gelung
5. Isi air dalam botol

SEKOLAH MENENGAH

#BALAPAN
1. 100 meter L
2. 4 x 100 meter L
3. 200 meter L
4. 4 x 200 meter L

#SUKANEKA
1. Lari bawa bola ping pong dalam sudu
2. Baling bola kecil dalam baldi
3. Lari bawa bola guna gelung
4. Bom air

ACARA IBUBAPA DAN GURU

1. Bola sepak
2. Makan pedas berpasangan
3. Cari benda tersembunyi (terbuka)
4. Galah panjang ( L&P )
5. Musical Chair ( L&P )

APA LAGI YANG BEST?
Antara lain yang best ialah Acara Cabutan Bertuah!! 

LOKASI KARNIVAL?
Tempat yang dipilih ialah PADANG AWAM CHERAS PERDANA. Jarak di antara sekolah ke lokasi hanyalah 1.3KM++. Sememangnya kami memilih tempat yang paling dekat dengan sekolah bagi memudahkan perjalanan kita semua ke sana nanti.

 
DI MANA NAK PARKIR KERETA?
Untuk memudahkan para pengunjung karnival, kami sediakan peta ringkas kawasan parkir kereta bagi memudahkan anda membuat persediaan awal. Sila rujuk lakaran di bawah:


NAK JADI PENAJA?
Sebagai penaja, nama anda atau nama perniagaan anda akan disenaraikan di sebelah kanan Portal KASUMA 2019. Dan nama tersebut mempunyai pautan ke laman sosial anda seperi blog, facebook, instagram dan lain-lain lagi.

Selain itu, bagi anda yang mempunyai perniagaan, nama perniagan atau logo perniagaan anda akan dicetak pada banner KASUMA 2019 yang akan dipaparkan pada hari kejadian nanti.

Macam mana nak jadi penaja?

Pakej Tajaan bagi KASUMA 2019 adalah seperti berikut:

Pakej PLATINUM:
Nilai tajaan bermula dari RM400 (Percuma satu tapak gerai)

Pakej GOLD:
Nilai tajaan sehingga RM350

Pakej SILVER:
Nilai tajaan sehingga RM300

Pakej BRONZE:
Nilai tajaan sehingga RM250

SUMBANGAN DAN TAJAAN BOLEH DIBERI MELALUI ATAS TALIAN:

klik link : https://www.billplz.com/kasuma2019

ATAUUU....

Boleh diserahkan terus kepada Ustaz Aidil. 018 388 8780.

Sila sempurnakan tajaan anda sebelum 7 April 2019


NAK SEWA TAPAK GERAI?
Bagi memeriahkan lagi karnival, terdapat 14 tapak gerai bersaiz 10 kaki X 10 kaki untuk disewa. Sewa bagi setiap tapak ialah RM150 dan cagaran RM30 sahaja. Cagaran tersebut adalah berdasarkan kebersihan tapak gerai selepas tamat karnival. Sekiranya pihak urusetia berpuas hati, wang cagaran akan dikembalikan semula.

Macam mana nak tempah?

Sila hubungi Ustaz Aidil di talian  018 388 8780 bagi menempah tapak gerai anda sekarang! Tempat hanya terhad untuk 10 tapak sahaja!

atau lebih cepat dengan pembayaran atas talian: https://www.billplz.com/kasuma2019
Sila sempurnakan tajaan anda sebelum 7 April 2019

PENAJA BERSAMA KASUMA 2019